Friday, August 21, 2009

Laila Majnun

Kisah Laila Majnun bercampur antara mitos dan realiti. Laila dan Majnun adalah tokoh yang hidup sekitar awal abad ke-2 H. Tetapi dalam cerita yang berkembang di sekitar kedua-dua tokoh ini, faktor waktu sering diabaikan. Majnun ialah nama julukan Qais bin Mu'az., penyair yang selalu memuja cinta dalam puisinya. Laila pula adalah kawan Qais sewaktu kecilnya dan akhirnya menjadi kekasihnya. Dalam buku-buku tentang biografi penyair Arab, misalnya al-Syi'r wa al-Syu'ara', karya ibnu Qutaibah, nama Qais dikenali ramai kerana puisinya berpengaruh, baik di kalangan penyair mahupun masyarakat umum.

HIKAYAT ISLAM

Kisah Laila Majnun atau Qais dan Laila ialah cerita hikayat popular yang berkembang dalam tradisi islam. Isi ceritanya mirip kisah Romeo and Juliet atau Anthony and Cleopatra dalam karya William Shakespeare (1564-1616) yang mengaggungkan cinta dan kesetiaan. Dalam kisah Laila-Majnun, watak utamanya ialah Majnun (Qais) yang tergila-gila akan Laila, seorang wanita yang telah menjadi temannya sejak kecil. Qais begitu tergila-gila akan Laila, hingga sentiasa menyebut nama Laila dan menulis puisi cinta tentang kekasihnya itu. Qais juga sering berkelakuan aneh,misalnya memanggil setipa wanita yang ditemuinya dengan nama "Laila". Disebabkan tingkah laku yang aneh, beliau sering dipanggil 'orang gila' atau 'manun' oleh masyarakatnya.

No comments:

Post a Comment